Make your own free website on Tripod.com
#Family_Chat Webnet
Home
Seloka 6 Atas Uranus 2002

Home Galeri Gambar (1 -- 2) | Sehari Bersama 6AU | Biodata Pelajar 6AU | Jadual Waktu 6AU | Nujum | Seloka 6AU | Laporan Lawatan Ke Kuala Lumpur | Interaktif 6AUNEW WINDOW
Galeri Gambar ex-6AU 2002 (Gathering -- Special)

Assalamualaikum kalimah mulia,
Disebut orang merata-rata,
Jeng! Jeng! Jeng! Tirai pun dibuka,
Penglipur lara Uranus memulakan cerita.
 
Zainab Abd. Majid nama diberi,
Bersemangat waja dan dedikasi,
Geografi Fizikal pelajaran yang diajari,
Itulah dia guru kelas kami.
 
Kepala botak itulah imejnya,
Berbakat besar dalam bidang seni,
Pekerja kontrak adalah cita-citanya,
Dialah Muhaimin monitor kami.
 
Sekali pandang macam Shah Rukh Khan,
Berlesung pipit jadi kebanggaan,
Kekadang ketawa berlebih-lebihan,
Itulah Hasrizal jejaka rebutan.
 
Orangnya aktif dalam bidang sukan,
Olahraga dan bola sepak mainan kegemaran,
Olahragawan negara menjadi idaman,
Weih Budin, bila nak belanja makan?
 
Norhisyam Maksor nama diberi,
'Raja Mengular' yang sangat pelik,
Bila cikgu tanya mulalah tercari,
Tak sampai 5 minit... aik? Tidur balik!
 
Belakang Anbanan namanya Herdawati,
Tak pernah rasa 'life in hostel',
Antara wargatua di SMKT,
Angan-angan nak jadi Amisha Patel.
 
Ini pula Sazura punya al-kisah,
Dalam kelas sentiasa melepak,
Masa periksa buat tak kisah,
Tapi 'result' selalu gempak.
 
'Kak Veteran' gelaran diberi,
Sebelahnya pula kecil sekali,
Pemastautin tetap asrama puteri,
Sammiza dan Nordiah kamceng sekali.
 
Nadia dan Norilyana budak koman,
Sebab tak suka menonton bola,
Mereka berdua ada persamaan,
Impian nak kahwin dengan Mat Bangla.
 
Norhuda dan Azila budak pendiam,
Diam-diam pun banyak cerita,
Azila nak cari pakwe Siam,
Huda pilih yang berkereta.

Pendiam dan pemalu itulah sifatnya,
Disuruh berucap, bisulah jawabnya,
Norhasrul Nizam begitulah namanya,
'Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya'.
 
Putera Abd. Rahim Massuan namanya,
Sering berilusi disinggahsana,
Soalan dituju terpinga-pinga,
Bila tak tahu tersungkurlah kepala.
 
Depan Nizam, Abu Hurairah,
Bekas banduan Pulau Jerjak,
Hobinya melawak tak tentu arah,
Tapi... jangan tak tau... dia ni bijak.
 
Mohd Sukairie anak tunggal,
Hobi bercermin siang dan malam,
Sikat dan cermin tak pernah tinggal,
Hai... Joe... Mak Cik kantin kirim salam.
 
Arul dan Anbanan sahabat setia,
Pendatang baru 6AU,
'Time' MUET kemain ceria,
'Time' Perniagaan mulalah layu.
 
Liana dan Zaleha sama peramah,
Dalam kelas banyak suara,
Liana impikan jadi suri rumah,
Zaleha pula warden penjara.
 
Kuala Krau tempat bermastautin,
Mereka sama tak banyak cakap,
Norazilawati sentiasa 'maintain',
Julia pula sibuk berpengakap.
 
Ina Jeliza paling pendiam,
Zainab pula ramai kawan,
Ina sepadan dengan Norhasrul Nizam,
Zainab pula dengan Massuan.
 
Habis sudah cerita kami,
10 putera, 14 puteri,
Terasa berdebar di dalam hati,
Takut nanti ada lak yang 'angry'.
 
Bye! Bye! Bye! Kata Mat Salleh,
Wassalam kata orang Islam,
Usik-usik takkan tak boleh,
Itulah sudah lumrahnya alam.

Please Report An Error In This Page To Webmaster