#Family_Chat Webnet
Home
Sehari Bersama 6AU

Home Galeri Gambar (1 -- 2) Sehari Bersama 6AU | Biodata Pelajar 6AU | Jadual Waktu 6AU | Nujum | Seloka 6AU | Laporan Lawatan Ke Kuala Lumpur | Interaktif 6AUNEW WINDOW
Galeri Gambar ex-6AU 2002 (Gathering -- Special)

Joe`s Journal

Sehari Bersama Kelas 6AU Pada 8/10/2002. Suasana Pada Hari Tersebut Dipengaruhi Oleh:
1) Exam STPM Yang Semakin Hampir,
2) Kebanyakkan Subjek Telah Tamat Diajar.
 
Jom Kita Tengok Apa Yang Diorang Buat Time Tu...

7.23 Pagi:
Sampai sekolah, sorang je jalan hari ni sebab Abu tak datang. Nampak lak Elly jalan sesorang (selalunya jalan ngan Zainab), ingat nak jalan sesama ngan Elly, tapi tak jadi. Huh?!

7.27 Pagi:
Masuk kelas, Muhaimin bawak T-shirt pengakap seguni yang baru siap, Elly yang dah beli baju tu membelek-belek nak tengok 'fit' ke tak. Tapi dia dapat pulak baju yang kaler lain sikit (sebab dia orang Raub?).

7.30 Pagi:
DJ, "Semua pelajar diminta berdiri di luar kelas untuk menyanyikan lagu 'Negaraku' dan lagu sekolah."

7.31 Pagi:
Sikit je budak 6AU yang beratur kat luar kelas hari nih. Yang lain semer lepak kat dalam kelas sebab nak tengok baju T-shirt baru pengakap yang baru sampai tu...

7.40 Pagi:
Budak 6AU yang tak datang hari ni: Abu, As, dan Ila.

7.45 Pagi:
Hisyam dan Muhaimin keluar kelas. Ada hal pasal baju pengakap ler tuh...

7.55 Pagi:
Aku kena isi buku biodata yang La punyer.

8.00 Pagi:
Isk... cikgu tak masuk kelas ke? Lerrr... time Perpustakaan cikgu tak masuk kelas la.

8.03 Pagi:
Ja mintak pisau sebab dia nak potong ibu kunci (mangga). Buat lawak ler tuh!

8.07 Pagi:
Arrgghhhh!!! Kuat tul suara Ja nih! Bising, orang nak study STPM nih!!

8.10 Pagi:
Aiii... senyap je Along ngan Massuan nih? Selalunya asyik borak jerk. Ker pasal Abu tak datang hari nih? Tak lengkap la 'Geng Borak-Lawak Berempat' yang dianggotai oleh aku, Abu, Along, ngan Massuan... Rupanya diorang baca buku... sebab aku pun senyap jugak. Diorang ingat aku study. Padahal aku tengah catit Jurnal nih.

8.11 Pagi:
Hisyam dan Muhaimin balik kelas dah.

8.13 Pagi:
Cikgu Zainab dah masuk. Belajar Geografi 1 lak.

8.55 Pagi:
Cikgu tegur Along sebab asyik tengok luar tingkap. Aku pun tengok la kejap, mende yg best sangat tu. Rupanya ada sorang makcik kantin tengah menyusup masuk ikut lubang pagar. Cheh!

9.21 Pagi:
Aku intai kat luar tingkap jap nak segarkan mata. Tengok ada pulak 4 orang awek kampung tengah jalan. Aisehh... Cikgu Zainab tegur lak, "Amboiiii, awak nak (awek) yang mana satu?"

9.27 Pagi:
Tamat masa Geografi 1.

9.30 Pagi:
Cikgu Yuhanis (P.Am 1) masuk. Dia suruh buat kerja sendiri.

9.50 Pagi:
Cikgu berborak ngan Hisyam tak henti-henti sampai Hisyam dah naik pening, poyos, mengantuk. Tu la ko Hisyam... duduk lagi kat depan. 'Projek' tetap 'projek' Hisyam, tapi agak-agak la time nak 'bentang kertas kerja' tu. Aku yang kat sebelah Hisyam ni buat bodo je la. Baik aku study.

10.30 Pagi:
Cikgu Yuhanis habis borak sebab time rehat.

10.37 Pagi:
Nampak Elly beli nasi lemak. Selalunya jarang-jarang sangat nak beli makanan kat kantin. Tak puasa pulak ke hari nih?

10.50 Pagi:
Rehat habis. Aku, Hisyam, dan  Muhaimin pergi merayap (mengular) jap cari budak yang tak bayar duit T-shirt pengakap.

11.20 Pagi:
Selesai. Aku, Hisyam, dan Muhaimin masuk kelas. Pengajian Perniagaan dah start. Lambat sikit masuk kelas apa salahnya... huhuhuhu...

11.35 Pagi:
Cikgu Abu tengah mengajar, budak pompuan lain asyik borak. Jeling jap kat Elly, lerrr... tengah asyik berborak ngan Nadia. Ntah mende la topik yang best sangat tuh.

11.50 Pagi:
Cikgu Abu dah siap mengajar/bincang skema exam percubaan STPM 2002.

11.54 Pagi:
Zura, La, Herdawati, dan Hisyam dah tidur dalam kelas. Nak pulak Hisyam, "Raja Tidur" dalam kelas 6AU pukul 11.30 pagi tadi dah tidur.

12.00 Tengah Hari:
Cikgu Abu dah keluar.

12.02 Tengah Hari:
Aku nak pergi tandas jap. Selisih ngan Cik Nab dan Miza. Cik Nab tegur, "Apsal Joe? Pengsan ke?" sebab diorang nampak aku tengah tutup mata sebelah kanan (tak tau pulak apsal aku buat camtu).

12.02 Tengah Hari:
Lepas tu selisih lak ngan Anis Madana (6AJ) dan Lynda (6AJ). Waduh duh duhhhh..!!!

12.10 Tengah Hari:
Cikgu Saruchi tak masuk lagi. Budak lain semer borak kecuali Herdawati (tidur), Hisyam (tidur), dan aku (study sambil mencatit Jurnal ni).

12.16 Tengah Hari:
Nampak Miza tengah memerah otak. Study la kononnya tuh...

12.20 Tengah Hari:
Cikgu Saruchi masuk dah. Lambat sikit la.

12.25 Tengah Hari:
Cikgu Saruchi citer pasal novel yang dia cipta masa kat universiti dulu. Macam citer industan.

1.10 Tengah Hari:
Time balik. Mana yang tinggal kat asrama tu, balik la asrama. Yang tinggal kat rumah, balik rumah.

Please Report An Error In This Page To Webmaster